Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Setelah memberikan jemputan Viber versi beta kepada penguna android dalam jumlah yang terhad, kini viber telah dilepaskan kepada umum.
Viber itu apa?
Viber ialah aplikasi untuk telefon, iPhone® dan Android™ yang membolehkan anda membuat panggilan atau menghantar pesanan ringkas kepada sesiapa sahaja, diseluruh dunia yang juga memasang aplikasi ini.
Anda boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakan yang menggunakan viber secara percuma.
Tak perlu pin, tambah kenalan, daftar dan sebagainya..
Hanya menggunakan nombor telefon anda!
Apa yang diperlukan hanyalah sambungan internet.
Selepas aplikasi ini dipasang pada peranti android anda, ia akan mengesan nombor telefon yang berada dalam buku telefon anda. Seterusnya ia akan memberitahu kenalan anda yang juga menggunakan viber. Jadi,anda boleh menghubungi mereka dengan menggunakan viber.
Viber juga boleh menggantikan dialer default android kerana anda boleh memilih sama ada untuk menghubugi mereka seperti biasa [GSM], atau dengan menggunakan viber [VoIP].
Buat masa ini, Viber masih belum menyokong panggilan video.
Kenapa pilih viber berbanding yang lain?
- Percuma
- Tiada cas antarabangsa
- Tak perlu nama pengguna,kata laluan atau pendaftaran
- Tak perlu tambah kenalan (buddies) seperti: Skype, Windows Live Messenger atau Fring
- Kualiti suara yang baik
- dan banyak lagi akan datang!


tak try lagi la. aiseyh//./ hehehehehe
sejukstudio recently posted..Tutorial : Efek HDR mudah dengan Action Script
bli henset android la rep..hehe
nokia bebest. music die express.
sejukstudio recently posted..Tutorial : Efek HDR mudah dengan Action Script
Smua nset best..jnji kredit ada..lol
viber best! aku guna viber utk bermesej-mesej dgn best friend ak yg duk jauh. huhu… mmg sgt best!
Azah recently posted..Wordless Wednesday #4
Gne iphone ek..hehe
viber kene pkai internet ke?
yes.kene internet
tapi malangnya kualiti internet malaysia tak berapa nak elok..manjang tersekat ja
Orang Akaun recently posted..Menawan Hati
Aku try ngan mmbr ok dowh..mcm skype je..hoho..
Hu3.. Blur aku.. Aku guna besa2 je..
Jai recently posted..(Video) Lawak Minggu Ini Menggantikan Maharaja Lawak 2011
mende ni mmg btol btol free ke? siyes ?!
FD recently posted..#TechThursday – Kalau Anda Edit Jugak, Langit Akan Runtuh Atas Anda
yup..cuma ko kne ade internet..yg tu yg xfree tu..
tak ade cas panggilan..oversea etc2..
cas internet mungkin..
tapi tak ada gunanya tak bisa diinstal di pc w7
ya.ia software untuk android.
ngak bisa diinstall di pc :3